KamilaBot

esa bukan satu

yang pertama mungkin yang menang walaupun yang lepas tu belum tentu yang kalah. yang terdahulu mungkin mengetahui walaupun yang terkemudian belum tentu tidak mengetahui. yang depan mungkin orang nampak walaupun kadang-kadang kita nampak yang belakang sahaja. ini post pertama untuk blog aku oleh aku walaupun ini bukan pertama kali aku post dalam blog walaupun bukan blog aku. 'satu', 'menang', 'terdahulu' dan sebagainya yang bermakna seperti mana ianya hanyalah sebagai sesuatu yang boleh dikenali sebagai beza kepada yang antonimnya. 'banyak', 'kalah', 'terkemudian' dan sebagainya juga hanyalah sekadar bahasa dan nama. namun, apabila adanya beza wujudlah 'ada', 'menang', 'kuasa', 'kaya', dan segalanya. sesungguhnya apabila sedar akan segalanya hanyalah 'tanda', bahawa beza ini adalah tanda adanya DIA.