Bang Ayun sekolah Tunku Jaafar
Kadang abah bawa melawat
Lalu Jalan Bukit Putus
Kalam kenangan bersama Bang Ayun
Jika diplot pada garisan masa
Ada putus-putus
Masa biasa seperti abang yang lain
Tiada di rumah
Bang ayun sekolah asrama
Balik cuti sama bang uda
Balik cuti berlawan dengan bang najib
Bang Ayun further study
Tika banyak event family
Selalu cakap aku rugi
Kali ini aku nak join
Semua event family
Rakam gambar jadi memori
Pasal bang ayun banyak sangat lagi
Simpan pula lain kali
Pergi lagi melawat bang ayun
Bukan lalu Jalan Bukit Putus
Kalam kenangan bersama bang ayun
Di pagi aldiladha pagi Jumaat
Masih lagi terputus putus
Jumpa nanti Syurga
Yang tak akan putus putus