Mentari menyusur laluan
Membawa bersama siang
Rembulan menyisir belahan
Menjinjit berserta malam
Tiap hari sentiasa rutin
Bila tiba sesekali masa
Bagaikan angin
Sepoinya bahasa
Dia tiba menyapa
Kenangan bersama
Garisan kehidupan
Terima kasih
Kerana indahnya
Sama sama kita
Berdoa kepada Dia
Agar kembali
Malah abadi
Rindu bertemu seperti dulu