KamilaBot

Boboiboi Galaxy

Saya terlibat secara langsung bersama Politeknik Malaysia dalam usaha lonjakan sistem bagi menerobos sempadan paradigma melalui perubahan kurikulum dengan mazhab OBE yang kini dijalani.

Saya menyedari tujuan pengauditan serta pensijilan adalah agar graduan Politeknik Malaysia bertaraf antarabangsa. Namun begitu, rejim pengauditan serta pensijilan tersebut adalah cuma pelarasan KPI untuk mandur-mandur Politeknik Malaysia yang mandul kognitifnya mengejar JUSA Z mereka tanpa hisab.

Hingga kini, jentera kualiti FRP galaksi Boboiboi yang rakus menelaah mencari kesilapan para pensyarah masih tenang dengan kesilapan CLO dan ketidaksesuaian jam kredit kerana ketidakmahufahaman mereka.

Pakar dari Universiti handalan yang datang mewakili ETAC BEM pula tidak ketahuan apa piawai yang diukurnya. Tidak mengapa, hospitaliti kami lebih hebat daripada MAS Hospitality.

Keselesaan syurga dunia yang dikecapi ini tidak terasa walaupun setengah juta belia kami tiada mendapat kerja. Alumni kami pasti semua  dapat kerja, lihatlah keputusan 1L5G kami. Selagi kami berbumbung jabatan kerajaan, manakan sama badan berkanun dan swasta yang mula dilanda badai tsunami.